Monday 20 January 2014

My Engagement Day!!

Alhamdulillah. Selesai satu majlis. Selesai satu bab. Syukur kepada Allah dikurniakan dan dikelilingi orang yang tersayang. Tarikh 18/01/2014 menjadi tarikh penting dalam hidupku. hehe..

Happy sangat sepanjang majlis. Bahagia dapat berkumpul dengan family & sedara mara lain. Majlis yang sederhana tapi meriah. Cukup berpuas hati dengan hasil kerja mama kesayangan. Pelamin & hantaran, semua mama yang sediakan. Mama yang gubah sendiri, reka sendiri. Make up dengan baju dari Murni Bridal and Beauty. Auntie Murni sangat peramah orangnya. Baju semua lawa2 sampai rambang mata nak pilih. Akhirnya warna merah jugak yang menjadi pilihan. MERAH MAK NGAHHHH! Memandangkan gambar banyak pada photographer. So, mana yang ade je la.

Request kat mama pelamin camni. Google je gambar ni. Nak simple2 je. pastu yg bulat tu, nak LOVE.. mama gigih la buatkan untuk anak bongsu die ni. 



Ni la pelamin yang mama buatkan. Sangat puas hati. Lagi cantik dari yang di request. hehe..

Tu... belakang tu la hantaran. Gambar penuh, akan diupload kemudian.
Ni la my anak buah, Qaisara yang petah bercakap. Umur baru 3 tahun. Comel tak kak ton?
Thanks kawan2 yang datang majlis hari sabtu lepas. Kawan2 SKLK, kawan2 SAB, kawan2 lepak jumma & kawan2 UiTM. Tak dilupa, adik2 ITF Taekwondo Amaal! :)

Ni Nabilah. Kawan yg selalu sy buli kat kelas dulu. Dari form 1. SAB. hehe.. Sorry beylaa..
oh, she's taken! 
Ni pulak Shidah. Die ni kawan main2 dari darjah 1 smpai la sekarang. SKLK. Pape pn kongsi dengan die.
She's taken too! 

Si manis ni pulak Eiqa. Die pun kawan dari darjah 1 smapi la sekarang. SKLK.
Guys, she's taken!

Comel kan dorang? dorang ni la kawan2 lepak jumma @ Al-Bidayah setiawangsa. Semua pun taken ya! Dari kiri, Zetty (hotfm), Yaya & fiera. 

Geng 4 orang ni pulak. Kawan baik masa UiTM. Dari diploma smpai la degree. smpai sekarang la senang cite....
dari kiri, Hidayah, Athirah, Fazlyana, Farhana. Semua pun taken. Hidayah nak kawin dah bulan 10. tapi lin kawin dulu! hahahaha..

Dua orang yg comel ni pulak anak2 cikgu taekwondo. Dua2 dah black belt ooo.. hehe.. yg depan Shira, belakang tu Syasya. Both single mingle lagi. hehe......

Next, beberapa gambar sepanjang majlis.


Gambar bersama Encik tunang dan mama abah.


Comey tak?




Bersama anak buah yang susah sangat nak ajak bergambar. menangis je. tapi last2 duk sebelah die, senyum lebar je nak tangkap gambar! comel! Mohd Zharif Adha, 3..

Ni anak kawan mama. comel kan budak ni? die yang suh tangkap gambar sama2.





Alhamdulillah. Dan syukur sekali lagi. Semoga majlis yang bakal berlangsung, berjalan lancar. InshaAllah. Semoga Allah permudahkan permudahkan segalanya. Amin. 


Thursday 2 January 2014

Have A Wonderful Quality Time with My Cintahati on 1st January 2014 :)

Bermula dengan tengahari itu. 

Kami main ice skating kat Sunway Pyramid. Weee~ Second time la main. Not bad lah. Seronok la jugak. Ramai sangat orang. So bersesak2 la dalam tu. Kami pun menyelit2 la. Mula2 tu decide nak main kat Royal Bintang, tapi tak jadi. Maybe next time :) 




Ni lah kami. Macam teror je. Padahal... hahaha.. Macam Hado.. Dapat la lebam sebijik kat kaki ni haaa. Sebabnye jatuh tak pasal2 kat tengah2.


Lepas tu, masing2 kebuluran. Kami nak makan KGB, Bangsar. Tapi tutup plak. DIP & DIP plak penuh. Kami pun ke WonderMama, Bangsar. Makan kenyang2 sampai nak muntah dah ase. Makanan memang the best! Terboekkk! Boleh cuba kepada sesiapa yang belum mencuba :) dappp nyeeee...



Then, kami gi ke Wangsa Walk. Gi main kat games arcade atas tu. Macam biasa, cintahati main Real Punch. main 2 rounds. Then kami main pulak Basketball tu 2 rounds jugak. Last skali, main pulak game kereta tuu.. 2 rounds jugak. 

Tak cukup dengan tu. Kami tengok wayang pulak. Police Story 2013. Jackie Chan tuu.. Cite ni best. Cite sedih... ingatkan action movie. Action ade jugak. tapi sedih tu lebih..

Settle! 

Luangkan Masa Bersama Anak Buah yang Demam

Cerita bermula pada hari Selasa lepas. Bangun2 tido, sakit perut and sakit pinggang. So, decided untuk duduk rumah saje. Tapi, terpaksa melayan dua orang anak buah yang demam. Dek kerana nak elak untuk dorg ikut parents dorg ke hospital (mak dorg gi check up - pregnant) kena la pujuk dorg gi AEON AU2 ari tu. Pukul 10.30 pg dah siap2 and gi la ke sane. Pastu, macam biasa, dorg akan main bende ni. 


Yang ni Mohd Amirul Syahmi, 8, Abang Sulung


Yang ni pulak Nurul Qistina, 6, Kakak Tengah


Lepas main bende ni, si abang dah tak larat dah tapi tetap nak main kt games arcade pulak. Layankan je lahhh..



Kusyuk betul dorg ni haa..


Si kakak ni pulak, melompat tak sudah.


Abang beriya nak main game ni. ikut suka lah abg..


Yang ni dorg teror main. Macam Auntie and Uncle die. eh! hahaha..

Habis dah main semua, bawak dorg balik umah. Sebab abang dah lembik. Demam panas. Smpai je umah, dua2 terbongkang tido. Kepenatan.