Thursday 20 February 2014

Pesanan untuk bakal pengantin :)

hye all! Lama rase tak update blog. Hari ni nak update pasal pantang larang sebelum mnjadi bakal pengantin. tak pasti la boleh dipercayai atau tak. Tapi kita same2 la review ye.. Lin pun dapat bende ni dari blog2 lain jugak. :)

1) Jangan keluar dengan pasangan sebelum diijabkabul
Dinasihatkan supaya tidak keluar bersama pasangan 40 hari sebelum dinikahkan kerana bagi mengelakkan kata-kata tomahan masyarakat. Lebih-lebih lagi ini kerana bagi tujuan mengawal nafsu masing-masing. Bukan apa, bila dah lama tidak berjumpa mestilah lahir rasa rindu kan? Jadi, bila hari besar kunjung tiba, anda akan begitu teruja berjumpa sang kekasih pemilik hati.

2) Elakkan makan ulam-ulaman/buah-buahan yang akan mendatangkan bau mulut
Seeloknya anda berhenti makan ulam-ulaman yang boleh menyebabkan bau mulut seperti petai, jering dan sebagainya. Terutamanya dua tiga hari menjelang hari bahagia. Bayangkan jika malam sebelum akad nikah, anda makan durian dua tiga biji, bukannya bau boleh hilang serta-merta. Silap hari bulan, pengsan pula tok kadi yang ditugaskan untuk menikahkan anda dan pasangan.

  
3) Jangan mandi malam
Jika kita ikut nasihat doktor juga mereka nasihatkan supaya tidak mandi malam. Jam 10 dan ke atas sudah dikira lewat apatah lagi jika anda memilih untuk mandi jam 2-3 pagi. Hal ini kerana mandi malam/awal pagi dipercayai tidak elok untuk sendi dan juga dalaman.


4) Kurangkan makan makanan laut
Walaupun makanan laut tidak dapat ditandingi kesedapannya seperti ketam, udang, lala, sotong, dan lain lain lagi. Nak pula jika dimasak kukus, panggang, goreng dan pelbagai aneka cara masakan lagi, tapi haruslah anda ingat, bahawa makanan laut ini mengandungi kandungan toksid yang tinggi. Oleh itu had kan pengambilan anda supaya badan sihat dan kuat.


5) Elakkan makan dan minum yang sejuk
Apakah yang dimaksudkan dengan makanan dan minuman yang sejuk? Contohnya adalah seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa. Ini adalah antaranya makanan dan minuman yang bersifat sejuk. Jadi elakkan pengambilan makanan dan minuman ini lebih lagi jika hari bahgia menghampiri anda agar muka tampak segar di hari bahagia.


6) Jangan makan nasi dengan gulai berkuah
Orang-orang tua menasihati bakal pengantin untuk tidak makan nasi dengan gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit.


7) Mengamalkan pengambilan jamu
Untuk bakal pengantin di luar sana, adalah digalakkan anda untuk mengamalkan pengambilan jamu dari awal. Ini untuk kesihatan dalaman dan juga untuk menambahkan kehangatan malam pertama anda.


8) Jangan sering memilih untuk bermalam di rumah orang
Ini bagi menjaga nama baik keluarga. Terutamanya bagi gadis, bukan apa, walaupun jika anda bermalam di rumah keluarga bakal suami, tapi pandangan masyarakat yang melabel anda. Jadi, untuk elakkan kata kurang manis, jangan bermalam di rumah orang.

9) Pastikan tidur anda cukup
Jika tidur cukup, muka pun nampak berseri, dan hati pun senang.


10) Elakkan minum soya dan makan timun
Dipercayai soya tidak elok untuk alat kelamin, manakala timun pula tidak elok untuk pemprosesan anak. Jadi cuba elakkan pengambilan timun dan minuman soya menjelang hari bahagia.

         

11) Jangan makan kepala ayam
Ops! Masih ada ke di luar sana yang makan kepala ayam? Admin nasihatkan bakal pengantin di luar sana untuk berhenti makan kepala ayam menjelang hari bahagia anda. Ini kerana kepala ayam ini akan membuatkan anda mengantuk. Kalau mengantuk masa bersanding nanti bagaimana? Susah pula.


12) Jangan memakai celana dalam ketat
Terutamanya bagi kaum lelaki. Dinasihatkan supaya anda tidak memakai celana dalam yang ketat kerana tidak bagus untuk sperm dalaman anda. Jangan tidak tahu pula ya, tidur meniarap juga tidak bagus. Sebab utamanya adalah peredaran darah sekitar organ terganggu. Jadi, elakkan!

  
13) Jangan makan sebebasnya
Bila anda memilih untuk makan sebebasnya, tanpa pantang bimbang nanti lain pula penyakit yang datang. Hal ini kerana, dengan pemakanan yang tidak dijaga akan menyebabkan gangguan system dalaman.


14) Jangan berembun, keluar malam, keluar tanpa tujuan bagi mengelakkan unsur jahat
Hal ini bagi mengelakkan perkara tidak baik berlaku pada bakal pengantin. Serta kita harus ingat bahawa bukan kita sahaja yang ada di dunia ini. Turut ada kehidupan yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Cuma ini untuk kita beringat, supaya jangan pula dari majlis nikah bertukar majlis lain pula nanti.


15) Urutan sebelum menjelang hari bahagia
Mungkin ada yang memilih spa, tapi sebenarnya jika anda boleh dapatkan bantuan dari orang-orang lama yang mahir dengan urutan tradisional, itu adalah lebih digalakkan. Kerana urutan tradisional lebih membantu dalam memulihkan otot-otot dalaman anda.

Sama ada nak percaya atau tak, terpulang. mari la kite amalkan untuk yg terbaik.

2 comments:

  1. (^^,) ehem3x...... married here!!!

    ANDA BERTUAH!!! {BLOGGER CREATIVE AWARD} by tinynasweet :) TAHNIAHHHHHHHH

    ReplyDelete